Islamofobia adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim Istilah itu sendiri sudah digunakan pada tahun 1980-an tetapi menjadi popular selepas
serangan 11 September 2001.
Pada tahun 1997, Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia
sebagai "rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut
dan tidak suka kepada orang Islam," juga menyatakan ia juga merujuk
kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka
dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. Islamofobia juga
termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan
budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi
politik yang ganas daripada (dikenali) sebagai satu agama
Pelbagai pendapat mengatakan peningkatan kecenderungan ke arah Islamofobia sebahagiannya diakibatkan oleh serangan 11 September, sementara mereka yang lain pula mengaitkannya dengan kehadiran orang Islam yang meningkat di negara barat. Pada bulan Mei 2002,
European Monitoring Centre on Racism and Xenophobia (EUMC), satu pertubuhan pemantau
Kesatuan Eropah,
mengeluarkan laporan bertajuk "Summary report on Islamophobia in the EU
after 11 September 2001" (Ringkasan laporan mengenai Islamofobia di
Kesatuan Eropah selepas 11 September 2001), yang menggambarkan
peningkatan insiden berkaitan Islamofobia di negara Eropah selepas 11
September
Satu forum pada tahun 2001, "Stockholm International Forum on Combating
Intolerance", mengisytiharkan satu deklarasi yang antara lainnya
meletakkan islamofobia sebagai sesuatu yang melanggar nilai-nilai asas
manusia:
Rasisme, diskriminasi kaum, antisematisme, islamofobia, xenofobia,
diskriminasi, keganasan dan pembunuhan kerana orientasi seks, dan apa
jua bentuk sikap tidak toleransi, melanggar nilai-nilai asas manusia dan
mengancam kebebasan masyarakat.
Serangan 11 September 2001
Serangan 11 September 2001 (juga digelar 9/11) ialah empat siri serangan berani mati yang teratur oleh al-Qaeda ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001. Pada pagi itu, 19 orang pengganas al-Qaeda merampas empat buah kapal terbang penumpang komersil. Para perampas itu sengaja menghempaskan dua pesawat itu ke dalam Menara Berkembar World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) di Bandar Raya New York,
sekaligus mengorbankan nyawa semua penumpang dan kebanyakan pekerja
dalam bangunan terbabit. Kedua-dua menara runtuh dalam masa dua jam,
menyebabkan bangunan berdekatan turut musnah atau mengalami kerosakan.
Mereka juga menghempaskan pesawat ketiga ke dalam bangunan
Pentagon di Arlington, Virginia, dekat Washington, D.C. Kapal terbang yang keempat pula terhempas di atas kawasan berdekatan pekan Shanksville
di negeri Pennsylvania setelah beberapa penumpang dan kakitangannya
cuba merampas semula kapal terbang itu yang dihalakan oleh perampas ke
arah Washington, D.C., untuk menyasar Bangunan Kapitol atau Rumah Putih. Semua penumpang keempat-empat pesawat terkorban.
Seramai 3,000 mangsa dan kesemua 19 perampas terkorban dalam serangan.
Menurut Jabatan Kesihatan Negeri New York, sehingga Jun 2009, sejumlah
836 orang yang bertindak memberi bantuan untuk tragedi ini, termasuk
anggota bomba dan polis telah meninggal dunia.
Di kalangan 2,752 mangsa yang terkorban dalam serangan di World Trade
Center adalah 343 orang bomba dan 60 orang polis dari Bandar Raya New
York dan Lembaga Pelabuhan. 184 orang lagi terkorban dalam serangan ke atas Pentagon. Kebanyakan besar mangsa korban ialah orang awam, termasuk warga 70 negara. Selain itu, terdapat sekurang-kurangnya satu kematian tak langsung, mati akibat
penyakit paru-paru kerana terdedah kepada habuk runtuhan World Trade Center.
Kesangsian cepat dilemparkan ke arah al-Qaeda. Ketuanya, Osama bin Laden
mula-mula menafikan bahawa dia terlibat, tetapi pada tahun 2004,
akhirnya, beliau mengakui bertanggungjawab mendalangi serangan itu. Amerika Syarikat bertindak balas terhadap kejadian ini dengan melancarkan Perang Terhadap Keganasan, menyerang Afghanistan untuk menjatuhkan kumpulan Taliban yang melindungi ahli-ahli al-Qaeda, serta menggubal Akta PATRIOT Amerika Syarikat. Pada Mei 2011, barulah bin Laden ditemui lalu dibunuh.
Banyak lagi negara lain yang turut mengukuhkan perundangan
anti-pengganasan serta menambah kuasa penguatkuasa undang-undang.
Beberapa bursa saham Amerika ditutup sepanjang minggu selepas serangan,
kemudian mencatatkan kerugian teruk sebaik sahaja membuka semula,
terutamanya industri penerbangan dan industri. Kemusnahan ruang pejabat
bernilai beribu juta dolar telah menyebabkan ekonomi
Lower Manhattan teruk terjejas.
Kerosakan Pentagon dibersihkan lalu dibaik pulih dalam masa setahun, dan sebuah
Tugu Peringatan Pentagon didirikan dekat bangunan itu. Proses pembinaan semula telah dilancarkan di tapak World Trade Center. One World Trade Center
yang baru kini sedang dibina di atas tapak itu dan dijangka siap pada
tahun 2013. Tiga lagi menara dijangka dibina di atas tapak itu sekitar
tahun 2007 hingga 2012.
Serangan
Peta yang menunjukkan serangan ke atas WTC (pesawat tidak dilukiskan mengikut skala).
Sesetengah penumpang sempat membuat panggilan dengan menggunakan khidmat
telefon udara dalam kabin dan telefon bimbit untuk memberikan maklumat mengenai pencerobohan perampas pesawat, bahawa cokmar atau suatu jenis semburan kimia beracun telah digunakan, seperti gas pemedih mata atau semburan lada, lebih-lebih lagi adanya penumpang yang cedera ditikam. Dilaporkan bahawa dalam dua penerbangan terlibat, perampas menikam dan membunuh juruterbang, pramugari dan sekurang-kurangnya seorang penumpang. Suruhanjaya 9/11 mendapati bahawa dua orang perampas baru membeli peralatan tangan pelbagai fungsi jenama Leatherman sebelum menaiki pesawat.Seorang
pramugara Penerbangan 11, seorang penumpang Penerbangan 175, dan
beberapa orang penumpang Penerbangan 93 menyebut bahawa para perampas
itu memegang bom, tetapi salah seorang penumpang itu juga menyebut
bahawa bom itu adalah palsu. Tiada kesan bahan letupan ditemui di
tempat-tempat hempasan, maka Suruhanjaya 9/11 percaya bahawa bom-bom itu
mungkin sekali palsu.
Dalam Penerbangan 93 United Airlines, satu transkrip audio rakaman perakam suara kokpit
mendedahkan bahawa para kakitangan dan penumpang cuba menawan semula
kapal terbang daripada perampas setelah mengetahui bahawa
pesawat-pesawat lain yang ditahan telah terhempas pada bangunan pada
pagi itu melalui panggilan telefon. Salah seorang perampas mengeluarkan arahan
mengoleng kapal terbang apabila mereka semakin hilang kawalan pesawat kepada penumpang.Tidak lama kemudian, pesawat itu terhempas di atas sebuah padang berdekatan Shanksville di Perbandaran Stonycreek, Kaunti Somerset, Pennsylvania, pada 10:03:11 pagi waktu tempatan (14:03:11 UTC).
Pemandangan World Trade Center sebaik selepas kedua-dua menara runtuh (
7 World Trade Center kelihatan masih berdiri).
Dalam temuramah September 2002 yang dijalankan oleh Yosri Fouda, seorang pembikin dokumentari dan wartawan
al Jazeera,
Khalid Sheikh Mohammed dan
Ramzi bin al-Shibh
yang dipercayai mengaturkan serangan, mengakui bahawa pesawat keempat
itu dihalakan ke arah Kapitol Amerika Syarikat, yang diberikan nama kod
"Fakulti Undang-Undang",
bukan Rumah Putih. Mereka menjelaskan lagi bahawa al-Qaeda pada mulanya
merancang untuk membawa pesawat yang dirampasnya itu ke tempat nuklear
daripada World Trade Center dan Pentagon, tetapi akhirnya memutuskan
untuk tidak menyerang loji nuklear "buat sementara" atas kebimbangan
bahawa keadaan boleh "menjadi di luar kawalan".
Tiga buah bangunan di Kompleks Pusat Dagangan Dunia runtuh akibat
kegagalan struktur pada hari kejadian.
Menara selatan (2 WTC) runtuh kira-kira 9:59 pagi, setelah terbakar
selama 56 minit disebabkan kesan pelanggaran Penerbangan 175 United
Airlines. Menara utara (1 WTC) runtuh pada 10:28 pagi, setelah terbakar selama kira-kira 102 minit. Ketika menara utara runtuh, sisa runtuhannya turut merosakkan dan menyebabkan kebakaran bangunan
7 World Trade Center
(7 WTC). Kebakaran ini marak selama berjam-jam dan turut menjejaskan
keutuhan struktur bangunan, sehingga menyebabkan emper timur tumbang
pada 5:20 petang, dan seluruh binaan runtuh seminit kemudian.
Kejadian ini menimbulkan kekalutan yang berleluasa di kalangan pertubuhan berita dan
pengawal lalu lintas udara di merata Amerika Syarikat. Semua lalu lintas utara awam antarabangsa dilarang mendarat di atas tanah AS selama tiga hari.
Pesawat yang sudah terbang pula dipaksa berpatah balik atau
dilencongkan ke lapangan terbang di Kanada atau Mexico. Sumber berita
menyiarkan laporan-laporan yang tidak disahkan dan sering kali
bercanggah sesamanya sepanjang hari. Salah satu laporan yang terpenting
adalah berkenaan bom kereta yang diledakkan di ibu pejabat
Jabatan Negara di Washington, D.C.
Sebaik sahaja selepas melaporkan kejadian di Pentagon buat pertama
kali, sesetengah media turut melaporkan bahawa berlakunya kebakaran di
National Mall. Satu lagi laporan tersiar dalam corong Associated Press yang mendakwa bahawa sebuah pesawat
Delta Air Lines
turut dirampas, tetapi rupanya laporan itu tersilap; pesawat ini pada
awalnya disangka mempunyai risiko dirampas, tetapi ia mematuhi arahan
pengawal dan mendarat secara selamat di bandar
Cleveland, Ohio.
Mangsa
-
Terdapat sejumlah 2,996 kehilangan nyawa, termasuk 19 perampas dan 2,977 mangsa.
Taburan korban adalah seperti berikut: 246 orang di keempat-empat
pesawat (daripada mana tiada yang terselamat), 2,606 orang di Bandar
Raya New York, di dalam menara berkembar dan atas tanah, dan 125 orang
di bangunan
Pentagon.
Kesemua mangsa korban dalam kejadian ini adalah orang awam, kecuali 55
kakitangan tentera yang terbunuh dalam serangan di Pentagon.
Lebih 90 buah negara kehilangan warga dalam serangan ke atas World Trade Center.
Pada tahun 2007, pejabat pemeriksa perubatan Bandar Raya New York
menambahkan Felicia Dunn-Jones ke dalam jumlah kematian serangan 11
September. Dunn-Jones meninggal dunia lima bulan selepas 9/11 akibat
penyakit paru-paru yang berkaitan dengan keterdedahan kepada habuk
ketika runtuhnya World Trade Center. Leon Heyward yang mati akibat limfoma pada tahun 2008, ditambahkan dalam jumlah kematian pada tahun 2009.
NIST
menganggarkan seramai 17,400 orang awam berada di dalam World Trade
Center sewaktu kejadian, sementara kiraan lawang putar daripada
Lembaga Pelabuhan menyatakan bahawa 14,154 orang kekal dalam Menara Berkembar pada 8:45 pagi.
Majoriti besar orang di bawah zon hempasan selamat mengosongkan
bangunan, bersama 18 orang yang berada dalam zon hempasan di menara
selatan, dan sebilangan kecil lagi di atas zon hempasan yang
memanfaatkan satu-satunya ruang tangga yang masih elok dalam menara
selatan.
Sekurang-kurangnya 1,366 orang terkorban berada di dalam atau atas aras
terhempas di Menara Utara dan sekurang-kurangnya 618 orang di Menara
Selatan, di mana usaha pengosongan telah bermula sebelum hempasan kedua. Maka, lebih 90% pekerja dan pelawat yang terkorban di Menara Berkembar ini berada searas atau di atas kawasan hempasan.
Menurut Laporan Suruhanjaya, ratusan mangsa korban dibunuh
serta-merta dalam hempasan, manakala yang selebihnya terperangkap dan
mati selepas menara runtuh. Sekurang-kurangnya 200 orang melompat sampai mati dari menara yang terbakar (seperti yang digambarkan dalam foto "
The Falling Man"), menjunam beratus-ratus kaki tingginya hingga terhempap di jalan-jalanan dan bumbung-bumbung bangunan berdekatan.
Sesetengah penghuni menara di atas zon hempasan bergegas ke aras
bumbung dengan harapan diselamatkan oleh helikopter, tetapi pintu masuk
bumbung dikunci. Tiadanya pelan yang wujud untuk penyelamatan dengan
helikopter, dan pada 11 September, asap yang berkepul-kepul dan haba
yang melampau menghalang usaha menyelamat oleh helikopter.
Selain New York, negeri
New Jersey juga paling teruk terjejas, dengan bandaraya
Hoboken yang mengalami kematian teramai.
Beberapa minggu selepas kejadian, bilangan korban dianggarkan melebihi 6,000,
tetapi rupanya ini lebih dua kali bilangan yang disahkan mati. Pihak
bandaraya hanya mampu mengenal pasti identiti mayat untuk kira-kira
1,600 mangsa di World Trade Center. Pejabat pemeriksa perubatan juga
mengumpul "kira-kira 10,000 cebisan tulang dan tisu tak terkenal pasti
yang tidak dapat dipadankan dengan senarai mangsa korban". Cebisan tulang masih ditemui pada tahun 2006, apabila para pekerja bersedia untuk merobohkan
Bangunan Deutsche Bank
yang rosak teruk. Operasi tersebut siap pada tahun 2007. Pada 2 April
2010, sepasukan pakar antropologi dan arkeologi mula mencari tinggalan
manusia, artifak manusia dan barang-barang milik peribadi di
Kambus Tanah Fresh Kills di
Staten Island.
Operasi itu siap pada Jun 2010 dengan penemuan 72 tinggalan manusia,
maka jumlah mayat manusia yang dijumpai meningkat kepada 1,845. Identiti
1,629 mangsa serangan di World Trade Center telah dikenal pasti.
Pemprofilan
DNA dalam cubaan mengenal pasti mangsa tambahan sedang dijalankan.
Kerosakan
Pentagon runtuh separa akibat kebakaran.
Daripada bangunan-bangunan dan struktur-struktur milik kompleks World
Trade Center, Menara Utara (1 World Trade Center), Menara Selatan (2
World Trade Center), Hotel Marriott (3 World Trade Center) dan 7 World
Trade Center musnah sepenuhnya, manakala 4 World Trade Center, 5 World
Trade Center, One Liberty Plaza, Pejabat Kastam A.S. (6 World Trade
Center), dan kedua-dua jejantas pejalan kaki pula rosak teruk. Bangunan
Deutsche Bank di 130 Liberty Street mengalami kerosakan separa dan
terpaksa dirobohkan kemudian. Kedua-dua bangunan
World Financial Center turut mengalami kerosakan.
Bangunan Deutsche Bank
di seberang Liberty Street dari kompleks World Trade Center kemudian
diisytiharkan tidak selamat disebabkan keadaan toksik dalam menara
pejabat lalu menjalani perobohan.
Dewan Fiterman di Kolej Komuniti Daerah Perbandaran Manhattan di 30
West Broadway turut disahkan tidak selamat disebabkan kerosakan
berleluasa akibat selatan, dan juga bakal
dinyahbina.
Bangunan-bangunan berdekatan yang lain pula, termasuk 90 West Street
dan Verizon Building turut mengalami kerosakan besar, tetapi berjaya
dipulihkan. Bangunan-bangunan
World Financial Center, One Liberty Plaza, hotel Millenium Hilton, dan 90 Church Street mengalami kerosakan sederhana, kesemuanya dipulihkan. Kelengkapan komunikasi di atas Menara Utara turut musnah, termasuk radio, televisyen dan antena
radio dua hala, tetapi stesen media sempat menghalakan isyarat dan memulihkan penyiaran. Di
Kaunti Arlington, sebahagian bangunan Pentagon teruk dimusnahkan oleh api sehingga satu seksyen bangunan itu runtuh.
Penyelamatan dan pemulihan
Seorang mangsa yang cedera dalam serangan Pentagon dibawa keluar.
Jabatan Bomba Bandar Raya New York (FDNY) cepat menghantar 200 unit (separuh jabatan) ke tempat kejadian. Usahanya dibantu oleh ramai ahli bomba tak bertugas dan
juruteknik perubatan kecemasan.
Jabatan Polis New York
(NYPD) menghantar unit-unit Perkhidmatan Kecemasan dan ramai lagi
kakitangan polis yang lain, di samping mengutuskan unit udara. Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, anggota FDNY, NYPD, dan polis Lembaga Pelabuhan tidak menyelaraskan usaha, sebaliknya terpaksa melakukan kerja pencarian orang awam yang berlebihan.
Apabila keadaan bertambah teruk, unit udara NYPD menyampaikan
maklumat kepada komander polis supaya mengeluarkan arahan kepada para
anggota untuk meninggalkan menara-menara itu; kebanyakan pegawai NYPD
sempat keluar dengan selamat sebelum bangunan itu runtuh. Disebabkan pos perintah berasingan serta komunikasi radio yang tidak
serasi sesama agensi, amaran tidak disampaikan kepada komander FDNY.
Selepas menara pertama tumbang, komander FDNY juga mengeluarkan
amaran pengosongan; bagaimanapun, disebabkan masalah teknikal akibat
kerosakan sistem
pengulang radio, ramai ahli bomba yang tidak dapat menerima arahan itu. Penghantar
9-1-1 juga menerima maklumat daripada pemanggil yang tidak disampaikan kepada komander di tempat kejadian. Dalam beberapa jam selepas serangan, bermulanya sebuah operasi
mencari dan menyelamat besar-besaran. Selepas berbulan-bulan operasi sepanjang masa,
tapak World Trade Center akhirnya dibersihkan pada lewat Mei 2002.
Penyerang
Berjam-jam selepas serangan,
FBI mengeluarkan nama-nama perampas dan juruterbang yang disyaki kepada umum, di samping butiran peribadi sesetengah mereka.
[79][80] Mohamed Atta dari
Mesir merupakan ketua 19 perampas dan salah seorang juruterbang.
Atta terkorban dalam serangan bersama semua perampas yang lain, tetapi
bagasinya (yang tidak disambungkan dari penerbangannya dari Portland ke
Penerbangan 11) mengandungi kertas-kertas yang mendedahkan identiti
kesemua 19 perampas dan petunjuk-petunjuk penting yang lain mengenai
rancangan, motif dan latar belakang mereka. Pada tengah hari,
Agensi Keselamatan Negara memintas komunikasi yang menghala ke
Osama bin Laden, begitu juga dengan agensi-agensi perisikan
Jerman.
Pada 27 September 2001, FBI mengeluarkan gambar 19 perampas berserta
maklumat kerakyatan dan nama-nama lain yang mungkin digunakan oleh
mereka. 15 daripada mereka berasal dari
Arab Saudi, dua dari
Emiriah Arab Bersatu, seorang dari Mesir (Atta), dan seorang dari
Lubnan.
Siasatan FBI terhadap kejadian yang bernama kod Operasi
PENTTBOM, merupakan usaha penyiasatan yang terbesar dan paling rumit dalam sejarah FBI, melibatkan lebih 7,000
ejen khas.
Kerajaan Amerika Syarikat
mendapati bahawa al-Qaeda pimpinan Osama bin Laden bertanggungjawab
atas serangan ini, sementara FBI berkata bahawa "bukti yang mengaitkan
al-Qaeda dan bin Laden dengan serangan 11 September adalah jelas dan
tidak boleh disangkal".
[88] Kerajaan United Kingdom mendapat kesimpulan yang sama bahawa al-Qaeda dan Osama bin Laden bersalah atas serangan 11 September.
Pengarang Laurie Mylroie yang menulis dalam majalah siasah konservatif
The American Spectator pada tahun 2006, berhujah bahawa
Khalid Sheikh Mohammed sekeluarga merupakan perancang utama 9/11 dan serangan-serangan seumpamanya, manakala kaitan Khalid Sheikh Mohammed dengan
Osama bin Laden adalah sampingan dan pengakuan bertanggungjawab
al-Qaeda atas serangan itu datang selepas hakikat itu dan bersifat oportunis. Bekas pegawai
CIA, Robert Baer, menuliskan kenyataan yang bercanggah dengan hujah Mylorie dalam majalah
Time
pada tahun 2007, dengan menegaskan bahawa pendedahan pengakuan
bertanggungjawab Khalid Sheikh Mohammed atas 9/11 dan tindakan-tindakan
lain oleh kerajaan pimpinan
George W. Bush merupakan cubaan yang berdusta untuk mendakwa bahawa kesemua pelaku utama 9/11 telah ditangkap.
Al-Qaeda
-
Asal-usul al-Qaeda boleh disusuri ke tahun 1979, apabila
Kesatuan Soviet menyerang Afghanistan. Sebaik sahaja selepas serangan itu,
Osama bin Laden pergi ke Afghanistan untuk menghulurkan bantuan dalam mendirikan puak
mujahidin Arab serta menubuhkan pertubuhan
Maktab al-Khidamat
(MAK) untuk menentang Soviet. Ketika berperang dengan Kesatuan Soviet,
bin Laden dan para pejuangnya menerima pembiayaan Amerika dan Saudi yang
kebanyakannya disalurkan menerusi
ISI, perkhidmatan perisikan
Pakistan. Pada tahun 1989, apabila Soviet berundur, MAK ditukarkan menjadi "angkatan gerak balas cepat" yang ber
jihad ke atas pemerintah-pemerintah di seluruh dunia Islam. Dengan bimbingan
Ayman al-Zawahiri, Osama bin Laden menjadi lebih radikal. Pada tahun 1996, bin Laden mengeluarkan
fatwa pertamanya yang menyeru supaya tentera Amerika meninggalkan Arab Saudi.
Bin Laden mengeluarkan fatwa keduanya pada tahun 1998 untuk membantah
dasar luar Amerika Syarikat terhadap
Israel, serta kehadiran askar Amerika yang berterusan di
Arab Saudi selepas
Perang Teluk.
Bin Laden menggunakan kitab suci Islam untuk menggesa tindakan ganas
terhadap tentera dan rakyat Amerika Syarikat sehingga
tuntutan-tuntutannya diakur, dengan hujah bahawa "para
ulama
sepanjang sejarah Islam bersetuju sebulat suara bahawa jihad merupakan
tugas perseorangan jika musuh menghancurkan negara-negara Islam."
Perancangan serangan
Gagasan komplot 11 September datangnya daripada Khalid Sheikh
Mohammed yang mula-mula membentangkan gagasannya itu kepada Osama bin
Laden pada tahun 1996.
Ketika itu, bin Laden dan al-Qaeda berada dalam zaman peralihan dan baru berpindah balik ke
Afghanistan dari
Sudan. Kejadian
pengeboman kedutaan Amerika Syarikat di Afrika
dan satu lagi fatwa bin Laden, kedua-duanya pada tahun 1998, menandakan
titik perubahan yang mana bin Laden berhajat untuk menyerang Amerika
Syarikat. Pada Disember 1998, Pusat Anti-Pengganas
Pengarah Perisikan Pusat melaporkan kepada
Presiden Bill Clinton
bahawa al-Qaeda sedang membuat persiapan untuk menyerang di Amerika
Syarikat, termasuk melatih kakitangan untuk merampas pesawat.
Sekitar akhir 1998 atau awal 1999, bin Laden memberikan kelulusan
kepada Mohammed untuk terus mengaturkan rancangan. Pada musim bunga
1999, serantai perjumpaan diadakan melibatkan Khalid Sheikh Mohammed,
Osama bin Laden, dan timbalannya,
Mohammed Atef.
Mohammed menyediakan sokongan operasi untuk komplot itu, termasuk
memilih sasaran serta membantu mengaturkan perjalanan untuk para
perampas. Bin Laden menolak beberapa sasaran yang diusulkan oleh Mohammed seperti
U.S. Bank Tower di Los Angeles kerana "kesuntukan masa untuk membuat persiapan untuk operasi sebegini".
Bin Laden memimpin komplot, di samping menghulurkan bantuan kewangan, serta terlibat dalam pemilihan peserta untuk komplot ini. Bin Laden pada mulanya memilih
Nawaf al-Hazmi dan
Khalid al-Mihdhar, kedua-duanya mujahid berpengalaman yang berjuang di
Bosnia. Hazmi dan Mihdhar tiba di Amerika Syarikat pada Januari 2000, selepas menghadiri Sidang Kemuncak al-Qaeda di Kuala Lumpur,
Malaysia. Pada musim bunga 2000, Hazmi dan Mihdhar menjalani latihan penerbangan di
San Diego,
California,
tetapi mereka berdua kurang fasih berbahasa Inggeris, kurang cemerlang
dalam pelajaran, dan akhirnya bertindak sebagai perampas sampingan.
Pada akhir tahun 1999, sekumpulan lelaki dari
Hamburg, Jerman tiba di Afghanistan, termasuk
Mohamed Atta,
Marwan al-Shehhi,
Ziad Jarrah, dan
Ramzi bin al-Shibh.
Bin Laden memilih mereka ini untuk komplot ini, kerana mereka
berpendidikan tinggi, fasih berbahasa Inggeris, dan berpengalaman hidup
di negara Barat. Rekrut-rekrut baru diperiksa secara rutin untuk kemahiran khas, dan dengan ini kepimpinan al-Qaeda memilih
Hani Hanjour, pemegang lesen juruterbang komersil, untuk komplot ini.
Hanjour tiba di San Diego pada 8 Disember 2000 lalu bertemu dengan Hazmi. Kemudian, mereka berlepas ke
Arizona,
di mana Hanjour menjalani latihan ulang kaji. Marwan al-Shehhi tiba di
akhir Mei 2000, manakala Atta tiba pada 3 Jun 2000, dan Jarrah pula pada
27 Jun 2000. Bin al-Shibh berkali-kali memohon visa ke Amerika
Syarikat, tetapi sebagai warganegara
Yaman, beliau ditolak atas sebab kemungkinan bahawa dia akan berdiam melebihi had visanya dan kekal sebagai
pendatang haram. Bin al-Shibh kekal di Hamburg untuk menyediakan penyelarasan antara Atta dan Khalid Sheikh Mohammed. Ketiga-tiga ahli
sarang Hamburg berlatih kejuruterbangan di
Florida selatan.
Pada musim bunga 2001, para perampas sampingan mulai tiba di Amerika Syarikat.
Pada Julai 2001, Atta berjumpa dengan bin al-Shibh di Sepanyol, di mana
mereka menyelaraskan butir-butiran komplot, termasuk pemilihan sasaran
muktamad. Bin al-Shibh turut menyampaikan hajat bin Laden supaya
serangan dijalankan secepat mungkin.
Osama bin Laden
-
Pengisytiharan perang jihad
ke atas Amerika Syarikat oleh Osama bin Laden, serta satu fatwa yang
ditandatangani oleh bin Laden dan lain-lain, menyeru pembunuhan orang
awam Amerika Syarikat pada tahun 1998, dilihat oleh pihak penyiasatan
sebagi bukti dorongannya untuk melakukan tindakan sedemikian.
Bin Laden pada mulanya menafikan, tetapi kemudian mengakui terlibat dalam kejadian ini.
Al Jazeera
menyiarkan kenyataan oleh bin Laden pada 16 September 2001 yang
berbunyi "Ingin saya tegaskan bahawa bukan saya yang melaksanakan
tindakan ini yang nampaknya dilaksanakan oleh individu-individu dengan
dorongan-dorongan tersendiri." Pada November 2001, tentera A.S. menemui semula sebuah pita video dari sebuah rumah yang musnah di
Jalalabad,
Afghanistan, di mana bin Laden dilihat berbual dengan Khaled al-Harbi serta
mengakui berpengetahuan terlebih dahulu akan serangan ini.
Pita ini disiarkan di berbagai-bagai rangkaian berita mulai 13 Disember
2001. Ketampilannya yang terherot-benyot dalam pita itu dikatakan
disebabkan oleh artifak pemindahan pita.
Pada 27 Disember 2001, keluarnya satu lagi video bin Laden, dalam mana
beliau berucap, "Pengganasan terhadap Amerika wajar dipuji kerana ia
merupakan pembalasan kepada ketidakadilan, [dan] bertujuan memaksa
Amerika menghentikan sokongannya kepada
Israel yang membunuh orang kita (Arab/Muslim)", tetapi tidak pula mengakui bertanggungjawab atas serangan itu.
Sebaik sahaja sebelum pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada tahun 2004, dalam satu lagi
rakaman video kenyataan,
bin Laden secara umumnya mengakui pelibatan al-Qaeda dalam serangan ke
atas A.S. serta mengakui hubungan langsungnya dengan kejadian ini.
Katanya, serangan itu dijalankan kerana "kami bebas...dan ingin mendapat
balik kebebasan demi bangsa kami. Oleh sebab kamu mencabuli keselamatan
kami, kami mencabuli keselamatan kamu." Osama bin Laden kata, beliau secara peribadinya mengarahkan para pengikutnya untuk menyerang World Trade Center. Satu lagi video yang diterima oleh Al Jazeera pada September 2006 menunjukkan Osama bin Laden bersama
Ramzi bin al-Shibh, serta dua orang lagi perampas, iaitu
Hamza al-Ghamdi dan
Wail al-Shehri, ketika mereka membuat persiapan untuk serangan itu.
Garis masa terperinci mengenai pengetahuan terdahulu bin Laden
didedahkan dalam temu ramah September 2002 yang diadakan oleh pembuat
dokumentari, Yosri Fouda bersama Khalid Sheikh Mohammed dan Ramzi bin
al-Shibh: keputusan untuk melancarkan "operasi syahid di dalam Amerika"
dibuat oleh suruhanjaya ketenteraan al-Qaeda pada awal tahun 1999;
selepas memutuskan tarikh serangan (11 September 2001), Atta memaklumkan
bin al-Shibh tentang tarikh ini pada 29 Ogos 2001. Bin Laden diberi
maklumat ini pada 6 September 2001.
Pada 1 Mei 2011, Presiden Amerika Syarikat,
Barack Obama mengumumkan bahawa Osama bin Laden telah dibunuh dalam kejadian tembak-menembak dengan tentera Amerika di
Abbottabad,
Pakistan, dan jenazahnya disimpan oleh pihak kerajaan A.S. Pengumuman ini disusuli oleh keraian di seluruh Amerika Syarikat.
Khalid Sheikh Mohammed
-
Wartawan Yosri Fouda untuk saluran televisyen Arab,
Al Jazeera melaporkan pada April 2002, Khalid Sheikh Mohammed mengakui pelibatannya di samping
Ramzi bin al-Shibh, dalam "operasi Selasa Kudus".
Laporan Suruhanjaya 9/11
mendapati bahawa kemarahan terhadap Amerika Syarikat yang dirasai oleh
Khalid Sheikh Mohammed, "dalang utama" serangan 9/11, "bukannya
[berpunca] daripada pengalamannya di situ sebagai mahasiswa, tetapi
daripada kecamannya terhadap dasar luar A.S. yang menyebelahi Israel".
Mohamed Atta turut berkongsi dorongan ini. Ralph Bodenstein, seorang
bekas rakan sekelas Atta, menyifatkannya sebagai "sebenarnya paling
didorong oleh... perlindungan A.S. ke atas politik Israel di rantau itu
(Timur Tengah)".
Abdulaziz al-Omari,
seorang perampas Penerbangan 11 bersama Mohamed Atta, berkata dalam
video wasiatnya, "Kerja saya merupakan pesanan kepada sesiapa yang
mendengar saya dan semua orang yang melihat saya; pada masa yang sama,
ia merupakan pesanan kepada para kafir supaya meninggalkan semenanjung
Arab dalam keadaan tertumpas serta berhenti menghulurkan bantuan kepada
Yahudi yang pengecut di
Palestin."
Khalid Sheikh Mohammed diberkas pada 1 Mac 2003 di
Rawalpindi,
Pakistan oleh pihak berkuasa Pakistan yang bekerjasama dengan CIA, dan kini sedang ditahan di
Teluk Guantanamo.
Ketika dibicarakan di A.S. pada Mac 2007, Sheikh Mohammed sekali lagi
mengakui bertanggungjawab atas serangan itu, dengan berkata "Saya
bertanggungjawab atas operasi 9/11 dari pangkal hingga hujung." Mohammed membuat pengakuan itu setelah diseksa dengan dicurahi air.
Pada November 2009, Peguam Negara AS, Eric Holder mengumumkan bahawa
Mohammed dan empat lagi konco yang disyaki akan dipindahkan dari Teluk
Guantanamo, Cuba untuk dibicarakan di mahkamah awam dekat bekas tapak
World Trade Center di New York. Holder meluahkan rasa yakin bahawa para
yang tertuduh akan dibicarakan secara adil dan "telus kepada rakyat dan
mata dunia".
Ahli al-Qaeda yang lain
Menurut dokumen
Substitution for Testimony of Khalid Sheikh Mohammed (Penggantian Testimoni Khalid Sheikh Mohammed) daripada perbicaraan
Zacarias Moussaoui, lima orang dikenal pasti sedar sama sekali akan butiran operasi, iaitu Osama bin Laden, Khalid Sheikh Mohammed,
Ramzi bin al-Shibh, Abu Turab al-Urduni dan
Mohammed Atef.
Sehingga kini, hanya tokoh-tokoh sampingan yang dibicarakan atau
disabit kesalahan atas serangan ini. Bin Laden pun tidak sempat didakwa
secara rasmi atas kejadian ini.
Pada 26 September 2005, mahkamah tinggi
Sepanyol yang dikerusikan oleh hakim Baltasar Garzón menjatuhkan hukuman penjara 27 tahun ke atas
Abu Dahdah
kerana berkomplot dalam serangan 9/11 serta menjadi ahli pertubuhan
pengganas al-Qaeda. Pada masa yang sama, 17 lagi ahli al-Qaeda dihukum
penjara selama enam hingga sebelas tahun.
Pada 16 Februari 2006, Mahkamah Agung Sepanyol meringankan hukuman Abu
Dahdah kepada 12 tahun setelah mendapati bahawa pelibatannya dalam
komplot tidak dapat dibuktikan.
Motif
Kehadiran tentera A.S. yang berterusan di Arab Saudi selepas Perang
Teluk ialah salah satu dorongan yang tersurat di sebalik serangan
pengganas 11 September,
pengeboman Menara Khobar, dan juga tarikh yang dipilih untuk
pengeboman kedutaan Amerika Syarikat 1998 (7 Ogos), iaitu genap lapan tahun selepas hari ketibaan tentera A.S. di Arab Saudi. Bin Laden mentafsir sabda
Nabi Muhammad s.a.w. yang melarang "kehadiran orang kafir secara tetap di tanah Arab".
[142] Pada tahun 1996, Bin Laden mengeluarkan
fatwa yang menyeru supaya
tentera Amerika Syarikat keluar dari
Arab Saudi.
Dalam fatwa 1998, Al-Qaeda menyatakan: "sudah lebih tujuh tahun Amerika
Syarikat menduduki tanah Islam di tempat-tempat tersuci, di Semenanjung
Arab, menjarah kekayaannya, mengarah-arah pemerintahnya, mengaibkan
rakyatnya, mengganas jiran-jirannya, lalu menjadikan pangkalannya di
Semenanjung sebagai penganjur untuk menentang umat Islam yang berjiran." Dalam temu bual bersama
Rahimullah Yusufzai pada Disember 1999, bin Laden meluahkan pandangannya bahawa tentera Amerika berpangkalan "terlalu dekat dengan
Makkah" dan menganggap perihal ini sebagai pembangkit kemarahan seluruh dunia Ilam.
Dalam "Warkah untuk Amerika" pada tahun 2002, bin Laden menyifatkan
sokongan Amerika Syarikat kepada
Israel
sebagai salah satu dorongan: "Penubuhan dan kesinambungan negara Israel
merupakan antara jenayah terbesar, dan kamulah pemimpin-pemimpin pelaku
jenayah itu. Sesungguhnya, tidak perlu dijelaskan dan dibuktikan sejauh
mana Amerika menyokong Israel. Penubuhan Israel merupakan jenayah yang
mesti dihapuskan. Setiap insan yang bernoda tangannya kerana menyumbang
kepada jenayah ini mestilah menerima padahnya secukup-cukupnya."
Pada tahun 2004 dan 2010, bin Laden sekali lagi melaungkan hubungan
antara serangan 11 September dan sokongan yang diraih oleh Israel
daripada Amerika Syarikat. Sesetengah pengupas, termasuk
Mearsheimer dan Walt, juga berhujah bahawa sokongan Amerika Syarikat kepada Israel juga salah satu dorongan kepada serangan ini.
Dalam
fatwa 1998, al-Qaeda mengungkit
sekatan terhadap Iraq
sebagai sebab untuk membunuh rakyat Amerika: "biarpun rakyat Iraq
dibebani pembinasaan oleh perikatan salibi-Zionis, dan biarpun ramainya
yang terkorban sehingga menjangkau sejuta orang... biarpun semua ini,
orang Amerika sekali lagi cuba mengulangi pembunuhan beramai-ramai yang
dengan dahsyat, seolah-olah tidak puas dengan kepungan berlanjutan yang
dikenakan selepas peperangan yang keterlaluan ataupun pemecah-belahan
dan pembinasaan....Oleh yang demikian, dan selaras dengan perintah
Allah, kami mengeluarkan fatwa yang berikut kepada semua umat Islam:
Perintah untuk membunuh orang Amerika dan sekutu-sekutu mereka—orang
awam mahupun tentera—merupakan kewajipan individu bagi setiap umat
Islam..."
Selain motif-motif yang disiarkan oleh al-Qaeda, para pengupas telah
mengusulkan motif-motif lain, termasuk keaiban yang timbul daripada
dunia Islam yang makin mundur di belakang
dunia barat yang makin ketara kesan
globalisasi baru-baru ini.
Satu lagi motif yang dianjurkan ialah keinginan untuk memberangsangkan
A.S. untuk melancarkan perang yang lebih besar ke atas dunia Islam
dengan hasrat mendorong lebih ramai sekutu untuk menyokong al-Qaeda.
Kesan
Tindak balas semerta
Seorang ahli bomba Bandar Raya New York menyeru 10 orang lagi penyelamat supaya datang ke runtuhan World Trade Center.
Tragedi 9/11 dengan segeranya meninggalkan kesan yang amat sangat kepada rakyat Amerika.Ramai pegawai polis dan penyelamat di seluruh negara mengambil cuti
untuk ke Bandar Raya New York untuk membantu dalam proses pencarian
mayat daripada sisa-sisa Menara Berkembar. Kegiatan
menderma darah turut meningkat secara mendadak di seluruh A.S. dalam beberapa minggu selepas 9/11.
Seramai tiga ribu orang kanak-kanak kehilangan salah seorang atau kedua-dua ibu bapanya dalam kejadian ini.
Selain kehilangan ibu bapa, turut dirakam juga kekhuatiran kanak-kanak
akan kehilangan nyawa atau persekitaran yang selamat, serta kesan
tragedi kepada penjaga-penjaga yang masih hidup.
Buat pertama kali dalam sejarah,
SCATANA
diseru untuk menutup segala ruang udara, sekaligus memaksa semua
pesawat awam bukan kecemasan di Amerika Syarikat dan beberapa negara
lain termasuk Kanada mendarat serta-merta, menyebabkan puluh ribuan penumpang terkandas di seluruh dunia. Sebarang penerbangan antarabangsa tidak dibenarkan memasuki ruang udara A.S. oleh
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan,
menyebabkan sebanyak 500 penerbangan terpaksa berpatah balik atau
dilencongkan ke negara. Kanada menerima 226 penerbangan terlencong itu
lantas melancarkan operasi kecemasan untuk menguruskan sebegitu banyak
kapal terbang dan penumpang yang terkandas.
Operasi ketenteraan ekoran serangan
-
Pada 2:40 petang 11 September, Setiausaha Pertahanan,
Donald Rumsfeld
mengeluarkan arahan segera kepada para pembantunya untuk mencari bukti
pelibatan Iraq, menurut catatan yang diambil oleh pegawai dasar kanan,
Stephen Cambone. "
Best info fast. Judge whether good enough hit S.H." — meaning Saddam Hussein — "at same time. Not only UBL"
(Cari maklumat terbaik segera. Nilai sama ada Saddam Hussein terlibat
sekali, bukan sahaja Osama bin Laden), seperti yang dipetik daripada
catatan Cambone daripada Rumsfeld.
Majlis
NATO
mengisytiharkan bahawa serangan ke atas Amerika Syarikat merupakan
serangan ke atas semua negara NATO, dan dengan itu, memenuhi takrifan
Perkara 5 Piagam NATO. Inilah kali pertama digunakannnya Perkara 5 yang
digubal sebagai langkah berjaga-jaga akan serangan
Kesatuan Soviet ketika
Perang Dingin. Sekembalinya di Australia setelah kunjungan rasmi ke A.S. ketika serangan berlaku, Perdana Menteri Australia,
John Howard menggunakan Perkara IV perjanjian
ANZUS. Sejurus selepas serangan berlaku, kerajaan Bush mengumumkan
Perang Terhadap Keganasan,
dengan matlamat membawa Osama bin Laden dan al-Qaeda ke muka pengadilan
serta mencegah kebangkitan rangkaian pengganas yang lain. Antara
pendekatan yang diambil untuk mencapai matlamat ini termasuklah sekatan
ekonomi dan ketenteraan ke atas negara-negara yang dilihat melindungi
pengganas, serta mempertingkat usaha pemantauan dan perisikan sedunia.
Pada 7 Oktober 2001,
Perang di Afghanistan bermula apabila tentera A.S. dan British melancarkan kempen pembedilan udara di
Afghanistan dengan kem-kem
Taliban dan
al-Qaeda sebagai sasaran, kemudian menghantar tentera
Pasukan Operasi Khas untuk menceroboh Afghanistan. Penggulingan pemerintahan
Taliban di
Afghanistan
oleh tentera campuran pimpinan A.S. merupakan operasi kedua terbesar
usaha Perang Terhadap Keganasan di luar A.S., dan yang terbesar yang
berkaitan langsung dengan terorisme.
Filipina dan
Indonesia, antara negara-negara yang berdepan dengan konflik dalaman dengan
keganasan Islam, juga mempertingkatkan kebersediaan tenteranya.
Gerak balas dalam negara
Presiden Bush berucap di sesi bersama kedua-dua dewan
Kongres pada 20 September 2001
Ekoran kejadian serangan ini,
kadar sambutan baik Presiden Bush meningkat ke 90%. Pada 20 September 2001, presiden A.S. berucap kepada negaranya dan sesi bersama kedua-dua dewan
Kongres Amerika Syarikat,
berkenaan kejadian-kejadian pada hari itu, sembilan hari usaha mencari
dan menyelamat yang berselang, dan hasratnya untuk bergerak balas kepada
kejadian-kejadian itu. Sehubungan dengan itu,
Datuk Bandar New York,
Rudy Giuliani mendapat sanjungan tinggi di seluruh kota dan negara kerana memainkan peranan besar dalam bergerak balas terhadap kejadian ini.
Tabung-tabung bantuan dibuka serta-merta untuk membantu mangsa-mangsa
serangan, dengan tugas menyediakan bantuan kewangan kepada mangsa yang
terselamat dan juga sanak-saudara mangsa, misalnya Coalition of 9/11
Families. Hingga tarikh akhir pemampasan mangsa, 11 September 2003,
2,833 permohonan telah diterima daripada keluarga mangsa-mangsa
terkorban.
Rancangan luar jangkaan untuk
kesinambungan pemerintahan dan pemindahan para pemimpin juga dilaksanakan sejurus selepas serangan itu.
Bagaimanapun, Kongres tidak dimaklumkan bahawa Amerika Syarikat berada
di bawah status kesinambungan pemerintahan sehingga Februari 2002.
Di dalam Amerika Syarikat,
Akta Keselamatan Tanah Air 2002 diluluskan oleh Kongres dan ditandatangani oleh Presiden Bush, sekaligus menubuhkan
Jabatan Keselamatan Tanah Air yang melambangkan penstrukturan semula terbesar dalam kerajaan Amerika Syarikat dalam sejarah terkini. Kongres juga meluluskan
Akta PATRIOT yang bertujuan membantu mengesan dan mendakwa kegiatan pengganas dan jenayah-jenayah seumpamanya.
Akta PATRIOT dibidas oleh para pendukung kebebasan awam yang mendakwa
bahawa ia membenarkan pihak penguatkuasa undang-undang untuk menyerang
privasi warganegara serta and menghapuskan
pengawasan kehakiman terhadap
penguatkuasaan undang-undang dan perisikan domestik. Pentadbiran Bush juga menjadikan kejadian 9/11 sebagai sebab untuk melaksanakan
operasi rahsia
Agensi Keselamatan Negara "untuk mengintip komunikasi telefon dan e-mel di antara Amerika Syarikat dan orang di luar negara tanpa waran".
Jenayah kebencian
Ekoran serangan 9/11, timbulnya laporan-laporan gangguan dan
jenayah kebencian terhadap orang-orang yang berasal dari Timur Tengah dan sesiapa yang kelihatan seperti orang Timur Tengah. Golongan
Sikh turut disasarkan kerana lelaki Sikh lazimnya memakai
serban yang juga dijadikan stereotaip
Muslimin di mata Barat. Turut dilaporkan ialah cercaan, serangan masjid dan tempat ibadah yang lain (termasuk pengeboman
kuil Hindu) dan serangan terhadap orang, termasuk satu pembunuhan: Balbir Singh Sodhi, seorang tuan stesen minyak di negeri
Arizona, ditembak sampai mati pada 15 September 2001. Seperti lelaki Sikh yang lain, beliau juga disalah sangka sebagai Muslim.
Menurut kajian oleh
Universiti Negeri Ball,
sesiapa yang dirasakan berketurunan Timur Tengah lebih berkemungkinan
menjadi mangsa jenayah kebencian sebagai umat Islam ketika ini. Kajian
ini juga mendapati peningkatan jenayah kebencian terhadap sesiapa sahaja
yang dirasakan beragama Islam, Arab dan sesiapa sahaja yang disangka
berasal dari Timur Tengah.
Satu laporan oleh kumpulan sokongan warga Amerika keturunan Asia Selatan,
South Asian Americans Leading Together
mendokumenkan liputan media 645 insiden yang menyisihkan rakyat Amerika
yang berketurunan Asia Selatan atau Timur Tengah pada 11 hingga 17
September, termasuk laku musnah, arson, serangan, tembak-menembak,
gangguan, dan ugutan.
Reaksi Muslim Amerika
Pertubuhan-pertubuhan Islam terbesar di Amerika Syarikat cepat mengecam serangan 9/11 dan menyeru "umat
Islam di Amerika Syarikat
supaya tampil ke hadapan dengan kemahiran dan sumber mereka untuk
membantu meringankan penderitaan mangsa-mangsa dan ahli-ahli keluarga
mereka". Pertubuhan utama termasuklah
Persatuan Islam Amerika Utara, Perikatan Muslim Amerika, Majlis Islam Amerika,
Majlis Hubungan Amerika-Islam,
Islamic Circle of North America,
dan Persatuan Ilmuwan Syari'ah Amerika Utara. Di samping derma
kewangan, banyak pertubuhan Islam yang melancarkan kempen derma darah
dan menyalurkan bantuan perubatan, makanan dan tempat berteduh untuk
para mangsa.
Reaksi antarabangsa
Seorang ahli bomba mendongak ke arah saki-baki Menara Selatan.
Kejadian ini dikecam oleh media massa dan kerajaan-kerajaan sedunia.
Bangsa-bangsa di serata dunia memberikan sokongan dan setiakawan
pro-Amerika.
Serangan ini turut dikecam oleh negara Timur Tengah, kecuali Iraq yang
mengeluarkan kenyataan rasmi semerta bahawa "koboi-koboi Amerika mengaup
hasil
jenayah-jenayah mereka terhadap kemanusiaan".
Berpuluh ribu orang cuba melarikan diri dari
Afghanistan
ekoran serangan itu kerana bimbang akan tindak balas oleh Amerika
Syarikat. Pakistan yang sudah menjadi tempat tinggal ramai pelarian
Afghan dari konflik Afghan yang terdahulu, menutup sempadannya dengan
Afghanistan pada 17 September. Kira-kira sebulan selepas serangan,
Amerika Syarikat mengetuai sebuah campuran tentera antarabangsa yang
besar untuk menggulingkan rejim
Taliban kerana melindungi pertubuhan
al-Qaeda. Pihak berkuasa
Pakistan bertindak secara berat hatinya
untuk berpakat dengan Amerika Syarikat untuk memerangi Taliban.
Pakistan menyediakan sebilangan lapangan terbang dan pangkalan tentera
kepada Amerika Syarikat untuk serangannya terhadap rejim Taliban lalu
menangkap lebih 600 orang yang disyaki ahli al-Qaeda lalu menyerahkannya
kepada Amerika Syarikat.
Kebanyakan negara di dunia, termasuk Kanada, China, United Kingdom,
Perancis, Rusia, Jerman, India dan Pakistan memperkenalkan perundangan
anti-pengganas serta membekukan akaun bank perniagaan-perniagaan dan
individu-individu yang disyaki berhubungan dengan al-Qaeda.Agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dan
perisikan
di beberapa negara, termasuk Itali, Malaysia, Indonesia, dan Filipina
turut memberkas pihak-pihak yang disyaki mereka sebagai pengganas dengan
menyatakan tujuan memecahkan sarang-sarang militan di seluruh dunia.
Dalam satu ucapan di
Universiti Bar-Ilan,
Benjamin Netanyahu
menyentuh kejadian serangan itu: "Kita (Israel) mendapat manfaat
daripada…serangan terhadap Menara Berkembar dan Pentagon dan perjuangan
Amerika di Iraq," yang dikatakannya boleh membuat "pendapat umum Amerika
lebih menyebelahi kita."
Kesan jangka panjang
Pandangan satelit Manhattan menunjukkan kepulan asap gergasi sehari selepas serangan.
Kesan kepada ekonomi
Pada akhir minggu itu, DJIA susut 1,369.7 mata (14.3%), iaitu
penurunan mata seminggu yang terbesar dalam sejarah, sebelum diatasi
pada tahun 2008 ketika
krisis kewangan sedunia. Saham A.S. kerugian nilai sebanyak $1.4 trilion pada minggu itu. Ini adalah bersamaan dengan $1.74 trillion dari segi nilai masa kini.
Di Bandar Raya New York, sekitar 430,000 bulan bekerja dan gaji
sebanyak $2.8 bilion melayang dalam tiga bulan selepas serangan 9/11.
Kesan ekonominya tertumpu pada sektor-sektor ekonomi eksport bandaraya.
KDNK
bandaraya dianggarkan susut $27.3 bilion pada tiga bulan terakhir 2001
dan seluruh tahun 2002. Kerajaan persekutuan menyediakan bantuan segera
bernilai $11.2 bilion kepada kerajaan Bandar Raya New York pada
September 2001, dan $10.5 bilion lagi pada awal tahun 2002 untuk
keperluan pembangunan ekonomi dan prasarana.
Serangan 9/11 turut menjejaskan
perusahaan-perusahaan kecil di Lower Manhattan dekat World Trade Center. Sebanyak 18,000 perniagaan kecil lingkup atau terpaksa berpindah kerana tragedi ini. Bantuan dihulurkan oleh pinjaman Pentadbiran Perniagaan Kecil dan Geran Blok Pembangunan Masyarakat dan Pinjaman Bencana Kerosakan Ekonomi (Community Development Block Grants and Economic Injury Disaster Loans) daripada kerajaan persekutuan. Kira-kira31,900,000 kaki persegi (2,960,000 m²) ruang pejabat di Lower Manhattan rosak atau musnah sepenuhnya.
Ramai yang tertanya-tanya adakah pekerjaan-pekerjaan dan asas cukai yang terjejas itu akan pulih.
Kajian terhadap kesan ekonomi 9/11 menunjukkan bahawa keterjejasan
pasaran hartanah pejabat Manhattan tidak seteruk yang diharapkan dahulu
disebabkan keperluan industri perkhidmatan kewangan untuk berinteraksi
secara bersemuka.
Ruang udara
Amerika Syarikat ditutup selama beberapa hari selepas kejadian itu.
Selepas ruang udara dibuka semula, perjalanan udara di benua itu banyak
merosot sehingga muatan penerbangan terpaksa dipotong 20%, malah
menerukkan masalah kewangan dalam industri penerbangan A.S. yang sedang
bertenggang ketika itu.
Kesan kesihatan
Seorang ahli bomba berdiri di tengah-tengah runtuhan dan asap di Bandar Raya New York
Beribu-ribu tan reruntuhan toksik yang terhasil akibat keruntuhan
Menara Berkembar mengandungi lebih 2,500 jenis bahan cemar, termasuk
karsinogen.
Ini menimbulkan masalah kesihatan yang melesukan badan di kalangan para
penyelamat yang dikatakan ramai sebagai berkaitan langsung dengan
keterdedahan kepada reruntuhan.
Misalnya, Pegawai NYPD Frank Macri meninggal dunia akibat barah
paru-paru yang merebak ke seluruh badannya pada 3 September 2007;
keluarganya mendakwa bahawa barah itu berpunca daripada dirinya yang
berada terlalu lama di tempat kejadian lalu memohon faedah kematian
ketika bertugas, tetapi belum diputuskan oleh pihak bandaraya hingga
kini. Pentadbiran Presiden Bush mengarahkan
Agensi Perlindungan Alam Sekitar
supaya mengeluarkan kenyataan untuk menenteramkan orang awam mengenai
kualiti udara ekoran serangan atas sebab keselamatan negara; namun
begitu, agensi tersebut tidak memutuskan bahawa kualiti udara pulih
kepada tahap sebelum 9/11 sehingga Jun 2002.
Kesan kesihatan turut meluas kepada beberapa penduduk, pelajar dan pekerja pejabat di Lower Manhattan dan
Chinatown.
Beberapa kematian telah dikaitkan dengan habuk toksik yang berpunca
daripada keruntuhan World Trade Center, dan nama-nama mangsa ini juga
akan tertera dalam tugu peringatan World Trade Center. Juga terdapat spekulasi saintifik bahawa pendedahan kepada pelbagai keluaran toksik di udara boleh memudaratkan
perkembangan janin.
Disebabkan kemungkinan bahaya ini, Pusat Kesihatan Persekitaran
Kanak-Kanak Columbia sedang menganalisa kanak-kanak yang dikandung oleh
ibu mereka yang tinggal atau bekerja dekat World Trade Center sewaktu
kejadian.Kajian terhadap para pekerja penyelamat yang dikeluarkan pada April
2010 mendapati bahawa kesemua pekerja penyelamat itu mengalami kerosakan
fungsi paru-paru, yang mana 30–40% pekerja melaporkan gejala
berulang-ulang yang timbul dalam tahun pertama selepas kejadian, tanpa
pemulihan yang ketara sejak itu.
Pertikaian undang-undang mengenai kos merawat penyakit yang berkenaan
dengan kejadian 9/11 masih berlonggok dalam sistem mahkamah. Pada 17
Oktober 2006, Hakim Persekutuan, Alvin Hellerstein menolak keengganan
pentadbiran Bandar Raya New York untuk menanggung kos kesihatan untuk
para pekerja penyelamat, sekaligus membuka jalan kepada tuntutan
mahkamah terhadap kerajaan bandaraya.
Para pegawai kerajaan dipersalahkan kerana menyeru orang awam supaya
kembali ke Lower Manhattan dalam beberapa minggu selepas kejadian.
Christine Todd Whitman, pentadbir Agensi Perlindungan Alam Sekitar
sewaktu serangan itu berlaku, teruk dikecam oleh Hakim Daerah AS,
Deborah A. Batts kerana tersalah kata bahawa kawasan tersebut selamat
diduduki.
Selain itu, Datuk Bandar Giuliani turut dibidas kerana menyeru para
kakitangan industri kewangan supaya cepat-cepat kembali bertugas di
kawasan
Wall Street raya.
Sesetengah rakyat Amerika menjadi takut untuk menaiki kapal terbang
dan lebih rela memandu kereta untuk perjalanan jauh. Ini menyebabkan
"lebihan" kira-kira 1,595 kematian di lebuh raya pada tahun berikutnya
selepas kejadian.
Siasatan
Siasatan FBI
-
Sejurus selepas kejadian ini, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) melancarkan PENTTBOM,
iaitu siasatan jenayah yang terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.
FBI memberitahu Senat A.S. bahawa terdapat bukti yang "jelas dan tidak
boleh disangkal" bahawa serangan ini berkaitan dengan al-Qaeda dan Osama
bin Laden.
Suruhanjaya 9/11
-
Suruhanjaya Kebangsaan Tentang Serangan Pengganas ke atas Amerika Syarikat (
National Commission on Terrorist Attacks Upon the United States, atau Suruhanjaya 9/11) yang dipengerusikan oleh bekas Gabenor New Jersey, Thomas Kean,
dibentuk pada akhir tahun 2002 untuk menyediakan keterangan terperinci
mengenai kejadian ini, termasuk kebersediaan dan gerak balas segera
terhadap serangan itu. Pada 22 Julai 2004, Suruhanjaya 9/11 mengeluarkan
Laporan Suruhanjaya 9/11. Suruhanjaya itu dan laporannya turut menerima kritikan daripada pelbagai pihak.
Keruntuhan World Trade Center
-
6 WTC: salah sebuah bangunan World Trade Center yang separa musnah.
Sebuah siasatan teknikal megenai keselamatan bangunan dan
kebersediaan untuk kebakaran terhadap Menara Berkembar dan 7 WTC telah
dijalankan oleh Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan (NIST) Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat,
dengan tujuan menentukan punca-punca keruntuhan bangunan, sejauh mana
kecederaan dan kehilangan nyawa yang dialami, dan langkah-langkah yang
diambil dalam perekaan dan pengurusan World Trade Center.
Siasatan terhadap keruntuhan 1 WTC dan 2 WTC berakhir pada tahun
Oktober 2005, dan siasatan terhadap keruntuhan 7 WTC pula berakhir pada
Ogos 2008.
Laporan tersebut membuat kesimpulan bahawa
pengalisan api prasarana keluli
Menara Berkembar dilumpuhkan oleh impak hempasan pesawat, dan
menara-menara tersebut pasti masih berdiri andai kejadian ini tidak
pernah berlaku. Hasil kajian yang diterbitkan oleh para penyelidik Universiti Purdue
mengesahkan bahawa, jika penebatan haba dalam tiang-tiang utama
disental dan suhu tiang meningkat kepada kira-kira 700 °C (1,292 °F),
maka kebakaran itu adalah mencukupi untuk menyebabkan keruntuhan.
W. Gene Corley,
pengarah usaha penyiasatan terawal, mengulas bahawa "menara-menara itu
benar-benar kuat bertahan. Bukan pesawat pengganas yang tumbangkannya;
sebaliknya ia tumbang kerana kebakaran yang menyusul. Sudah terbukti
bahawa bangunan itu masih boleh berdiri walaupun kehilangan dua pertiga
tiang dalam setiap menara."
Kebakaran itu melesukan kekuda yang menyokong lantai sehingga lantai
melandut. Lantai yang melandut itu menarik pada tiang-tiang keluli
luaran sehingga tiang luaran itu melengkung ke dalam. Dengan kemusnahan
tiang teras, tiang luaran yang melengkok itu tidak mampu lagi menyokong
bangunan, sekaligus menyebabkan bangunan itu runtuh. Selain itu, laporan
ini menegaskan bahawa ruang-ruang tangga menara tidak diperkuat
secukupnya untuk menyediakan
jalan keluar kecemasan untuk mereka di atas zon hempasan.
NIST membuat kesimpulan bahawa kebakaran yang tidak terkawal di 7 WTC
menyebabkan rasuk lantai dan galang kepanasan dan kemudiannya
"menyebabkan tiang sokongan genting menjadi lemah, sekaligus memulakan
keruntuhan progresif aruhan kebakaran yang menumbangkan seluruh
bangunan".