Tokoh Islam di Malaysia

Sunday, 29 April 2012

Tok Kenali

Toko Ulama Kelantan paling masyhur , malah termasuk antara ulama besar Semenanjung Melayu. Sezaman dengan Tuan Husein Kedah, Pak Wan Sulaiman (Syeikhul Islam Kedah ) Haji Abdul Fahim (Mufti Pulau Pinang) , Haji Abu Bakar Alim (Muar) , Haji Mat Shafie Losong (Terengganu) dll. Guru Pondok yang sangat dihormati bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai.
Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali , Kubang Kerian , Kota Bharu pada 1287H/1870M ini ialah Haji Mohd Yusoff Ahmad.

Menuntut di Makkah selama 22 tahun (1305H - 1327H). Sangat alim dalam ilmu Tatabahasa Arab (nahu/soraf) malahan beliaulah yang merintis kemasukkan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajin pondok (sebelum itu, tertumpu pada usuluddin, fiqh dan tasawuf sahaja).

Walaupun Tok Kenali tidak meninggalkan karya tulis yang besar seperti Tuan Padang, Tuan Tabal dan Tok Wan Ali Kutan, namun beliau berjaya melahirkan satu angkatan ulama pelapis yang paling berwibawa - bukan sahaja di negeri Kelantan tetapi juga di luar negeri Kelantan. Antara murid murid jempolannya termasuklah Hj, Mat Jebeng (kemanakkannya), Hj. Che Mat Padang Mengkali, Lebai Deraman Pasir Mas, Hj. Seman Sering (Syeikh Osman Jalaluddin al-Kalantani), Hj.Yaakub Lorong Gajah Mati, Haji Abdul Kadir Melor , Haji Abdul Tahir Bunut Payong, Hj. Yusof Padang Bemban, Haji Ismail Perol, Dato' Haji Ismail Yusoff, Hji Abdul Rahman Lubok Tapah, Hj. Hasbullah Bot dan Haji Wan Abdul Latif Jerteh, Hj. Zainal Abidin Dungun, Dato' Haji Hassan Yunus al-Azhari (Menteri Besar Johor) , Dato' Haji Abdul Rahim Yunus Bongek Rembau , Syeikh Mohd Idris al-Marbawi al-Azhari Kuala Kangsar, Haji Osman Bukit Besar , Haji Abdullah Abbas Nasution Jitra, Hj. Bahauddin Sumatera Jeneri, Haji Hassan Lampung, Haji Yaakub Legor dan Tok Lata (Pattani).
Di samping itu dua orang putera Tok Kenali sendiri - Tuan Guru Hj. Ahmad dan Syeikh Mohd Salleh Kenali (menetap di Makkah) - juga tergolong ulama dan pendakwah yang berjaya besar.

Nyatalah rumusan…yang menyebut Kelantan sebagai "Serambi Mekah" itu sangat terkait dengan kehebatan dan kemasyhuran nama Tok Kenali.
Tok Kenali kembali ke rahmatullah di kediamannya pada pukul 7.30 pagi Ahad 2 Syaaban 1352 bertepatan 19 November 1933 dan dikebumikan di Kubang Kerian .

- Ismail Che Daud


 


 Allahyarham Ustaz Abu Bakar Al-Baqir

 



Abu Bakar al-Baqir dilahirkan pada tahun 1907 di Kampung Gunung Semanggol, Bagan Serai, Perak.

Abu Bakar al-Baqir atau dikenali juga Syeikh Abu Bakar al-Baqir berketurunan Jawa. Datuknya berasal dari Kendal, Jawa Tengah. Haji Abdul Jabbar, datuknya ialah orang pertama daripada keluarganya yang datang menetap di Gunung Semanggol lebih kurang pada 1850-an. Haji Abdul Jabbar untuk pertama kalinya tinggal di Klang, Selangor, kemudian pindah ke Kuala Kurau, Perak, untuk akhirnya pindah dan menetap di Gunung Semanggol. Kehidupan mereka adalah dari bercucuk tanam dan bersawah. Haji Abdul Jabbar meninggalkan tanah sawah sebagai pusaka kepada anaknya, Mohd. Said, iaitu bapa kepada Syeikh Abu Bakar al-Baqir. Dan sawah inilah kemudian menjadi penyara hidup Mohd. Said. Sebagai keluarga petani hidup mereka amat sederhana. Mohd. Said mendidik tiga orang puteranya, Muhyuddin Mohd. Said, Abu Bakar Mohd. Said, dan Abdullah Mohd. Said dengan didikan Islam dan mengajar mereka pengetahuan Islam. Demikian juga anak-anak perempuannya, Aisyah Mohd. Said, Saudah Mohd. Said, dan Hafsah Mohd. Said dididik dengan didikan agama.

Beliau belajar di Sekolah Melayu selama lima tahun. Di samping itu, beliau juga dididik membaca al-Quran dan ilmu-ilmu agama lainnya yang sesuai diterima oleh anak-anak sebayanya.
Setelah menamatkan Sekolah Melayu, beliau belajar di sebuah pondok di Gunung Semanggol, iaitu Madrasah ar-Rahmaniah. Pondok itu dinamakan demikian adalah sempena nama pengasasnya, Haji Abdul Rahman bin Mahmud, seorang alim yang pernah belajar di Al-Azhar, Mesir dan Masjid Haram di Mekah. Syeikh Abu Bakar al-Baqir belajar di pondok itu selama enam tahun, iaitu dari tahun 1919 hingga1924. Selepas itu beliau berpindah ke Madrasah Dairatul-Maarif al-Wataniah di Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Di Kepala Batas, beliau diajar oleh guru yang berkebolehan, termasuklah Tok Guru Haji Abdullah bin Ibrahim (Haji Abdullah Pak Him), seorang tokoh ulama yang terkenal di sebelah utara Semenanjung. Beliau belajar di situ selama enam tahun.

Ketika gurunya, Haji Abdullah bin Ibrahim berpindah mengajar ke Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar, Syeikh Abu Bakar juga berpindah ke sana, berada di sana selama tiga tahun (1931-1933), separuh masa pertama sebagai pelajar, dan pada separuh masa yang kedua sebagai guru pelatih dengan diberi gaji RM30.00 sebulan.

Beliau kembali ke Gunung Semanggol atas panggilan bekas gurunya dan bakal mentuanya, Haji Abdul Rahman, untuk sama-sama berusaha menubuhkan sebuah sekolah Islam di Gunung Semanggol sebagai ganti pondok ar-Rahmaniah.
Berkat usaha gigih Syeikh Abu Bakar al-Baqir dan dengan sokongan kuat Haji Abdul Rahman dan tokoh-tokoh muslim tempatan, maka pada tahun 1934 berdirilah sebuah sekolah agama yang mempunyai manhaj baru, yang diberi nama Maahad Al-Ehya al-Shariff, menggantikan pondok yang sedia ada yang telah dibangunkan dan diuruskan oleh Haji Abd. Rahman.

Pada tahun 1935, beliau dinikahkan dengan Fatimah Abdul Rahman. Beliau terus menyertai isterinya ini, dengan mendapat kurnia empat orang anak, seorang lelaki dan tiga orang perempuan, hinggalah beliau kembali ke rahmatullah pada 13 Julai 1974. Putera-puteri beliau itu ialah Sahar Mursyid Abu Bakar, Miskiah Fadilah Abu Bakar, Naqibah Nu´ma Abu Bakar, dan Aniqah Rusda Abu Bakar.

Dari segi pembaharuan Islam, beliau menunjukkan pembaharuan yang mirip dengan Syeikh Juned Tola. Beliau membangunkan bidang pendidikan, politik, ekonomi, dan kerja kebajikan. Beliau tidak begitu mengambil berat tentang fahaman bermazhab atau tidak bermazhab. Sepertimana Syeikh Juned Tola , meskipun beliau menganut fahaman pembaharuan dalam bidang akidah dan syariah, namun gerakan "islah"nya tidak berkonfrontasi dengan pihak Syafiiyah. Beliau menekankan pembaharuan itu dalam bidang pendidikan.

Pembangunan pendidikan rasmi telah beliau penuhi dengan menubuhkan Maahad al-Ihya al-Syarif. Dalam hal ini beliau mendapat kerjasama daripada kaum muslimin tempatan, khasnya daripada Haji Abd. Rahman Mahmud, Tuan Imam Lebai Sirat, dan Haji Abd. Manaf, Penghulu Kampung Gunung Semanggol. Selain itu, beliau juga mengajar di kelas pengajian yang diadakan di masjid dan surau di sekitar Gunung Semanggol.

Dalam mesyuarat yang dihadiri oleh tokoh-tokoh Islam terkemuka telah dibentuk suatu badan yang bernama Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA). Sebagai Pengerusi Badan Kebajikan dan Pelajaran MATA beliau telah memainkan peranan penting dalam merangka dasar pendidikan yang bertaraf nasional.

Dalam suatu persidangan yang diadakan di Maahad al-Ihya al-Syarif yang dihadiri oleh lebih kurang 500 orang pada 15 November 1947 telah dibentuk pula Lembaga Pendidikan Rakyat, atau singkatannya LEPIR, yang pengelolaannya diserahkan kepada Ustaz Abd. Rabb al-Tamimi.
Antara matlamat yang hendak diperjuangkan oleh LEPIR ialah menyamakan kurikulum pendidikan sekolah agama rakyat dalam Malaya, dan untuk mencapai ini sebuah Pusat Pentadbiran Sekolah Rakyat telah dibentuk dan dikelolakan oleh Haji Zubir Ahmad, yang kemudiannya digantikan oleh Ustaz Abd. Rabb al-Tamimi.

Perjuangan beliau juga meliputi bidang politik. Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan tokoh-tokoh Kesatuan Melayu pada masa itu seperti Ibrahim Yaakub dan Dr. Burhanuddin al-Hilmi (meninggal 25 September 1969).
Bersama-sama dengan kelahiran MATA dalam suatu persidangan di bangunan al-Ihya al-Syarif yang dihadiri oleh lebih kurang 2 000 orang para alim ulama dan cendekiawan Melayu serta utusan dari Singapura dan Indonesia pada 22-24 Mac 1947 lahir pula Pusat Perekonomian Melayu seMalaya, atau singkatannya PEPERMAS.

Untuk memenuhi hasrat, orang Melayu kepada suatu pertubuhan politik yang bertujuan mencapai kemerdekaan, maka pada 13-14 Mac 1948, sebuah lagi persidangan telah diadakan di al-Ihya al-Syarif yang dihadiri oleh lebih kurang 5 000 orang. Antara yang hadir ialah Dr. Burhanuddin al-Hilmi. Persidangan ini telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah parti politik yang berasaskan Islam, dengan diberi nama Hizbul Muslimin atau HAMIM. Parti ini ditubuhkan pada 14 Mac 1948. Nama ini dicadangkan oleh Abu Bakar al-Baqir, dan beliau jugalah yang mengetuai parti Islam itu. Selepas itu dilakukanlah lawatan ke seluruh Malaya, bertujuan memberi penerangan kepada rakyat muslimin dan membentuk cawangan di tempat yang boleh dibentuk. Dalam waktu yang tidak lama, parti ini telah mempunyai cawangan di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Selangor, Melaka, Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang.

Berhubung dengan suara dan sikapnya yang lantang menuntut kemerdekaan, maka parti ini ditakuti oleh pihak berkuasa, terutama penjajah British. Maka beliau dilemparkan denganpelbagai tuduhan dan tohmahan. Beliau juga dituduh sebagai parti "merah" (komunis). Dato´ Onn Jaafar, yang pada masa itu memimpin UMNO, bersikap agak lunak, bahkan dengan secara sindiran mengingatkan anggota UMNO bahawa ´pertumbuhan politik di Gunung Semanggol itu ialah suatu bahaya dari gunung yang patut diawasi´. Pengaruh Gunung Semanggol dalam membentuk pemikiran umat Islam di Malaya sesungguhnya amat ketara.
Ketakutan pihak berkuasa British terhadap perkembangan cita-cita Islam dalam politik memuncak ketika pada 29 Julai 1948, pukul 12.00 tengah hari tiga orang pemimpin utama HAMIM ditangkap. Mereka ialah Syeikh Abu Bakar al-Baqir, Ustaz Abdul Rabb al-Tamimi, dan Ustaz Abdul Rauf Nur. Syeikh Abu Bakar dibebaskan daripada tahanan pada Oktober 1952.

Ekoran daripada penahanan itu, HAMIM menjadi lumpuh dan akhirnya terkubur. Bagaimanapun, semangat perjuangannya untuk menegakkan Islam di Tanah Melayu diwarisi oleh parti baru, iaitu Parti Islam Se-Malaya, sekarang Parti Islam Se-Malaysia, (PAS).

Syeikh Abu Bakar al-Baqir meninggal dunia pada 13 Julai 1974. Bagaimanapun, jasanya tetap tinggal. Maahad al-Ihya al-Syarif terus berdiri dengan kukuh. Dari segi kewangan, meskipun sangat sederhana, namun tidak mengecewakan. Sekolah ini kebun-kebun getah dan kelapa sawit, serta bendang. Kebun getahnya ada lebih kurang 40 ekar, kebun kelapa sawitnya seluas 60 ekar dan sawah padi seluas 12 ekar. Beliau juga mempunyai kedai di Sri Manjong yang disewakan RM350.00 sebulan. Selain itu, sekolah ini juga mendapat bantuan daripada Majlis Agama Negeri Perak.

Walau bagaimanapun, fungsi sekolah itu sebagai salah satu pusat perjuangan umat Islam telah berhenti sejak pemergian Syeikh Abu Bakar al-Baqir.




Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat


Menteri Besar Kelantan ke-12
Mula berkhidmat 
Timbalan
Dato' Haji Ahmad Yaakob
Didahului oleh


Ahli Dewan Undangan Kelantan
untuk N6 Chempaka
Mula berkhidmat 
1995
Majoriti
4249




Tarikh lahir
10 Januari 1931
Tempat lahir
Parti politik
Pasangan
Datin Hajjah Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak
Anak
10
Agama


Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Tulisan Jawi: نئ عبدالعزيز بن نئ مت) merupakan Menteri Besar Kelantan kini. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun. Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims"


Latar belakang
Kehidupan peribadi
Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).
Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.
Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.
Pendidikan
Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir. Ketika belajar, beliau pernah menjadi salah seorang saksi kepada Perang Arab-Israel.
Beliau juga pernah belajar di:
Beliau mampu berkomunikasi dalam bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil.
Kerjaya politik
Tuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalah Mursyidul Am bagi parti tersebut. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06 Chempaka, Kelantan. Pada pilihan raya ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan majoriti undi sebanyak 3,694.
Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Nik Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.
Beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai seorang Menteri Besar selepas pilihan raya yang terbaru ini. Penggantinya itu akan dipilih melalui satu proses undian sulit. Namun jika undian yang dibuat kelak menyaksikan beliau terus dipilih, beliau sedia meneruskan tanggungjawab itu walaupun sudah terbabit dalam politik Pas sejak 42 tahun lalu.
Beliau dituduh mengamalkan kronisme dengan melantik menantunya Ariffahmi sebagai CEO PMBK, tetapi beliau menyatakan perlantikan itu berdasarkan kelayakan pendidikan tinggi dan pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan. Ariffahmi akhirnya meletak jawatan.
Kesihatan
Beliau mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik. Pada akhir tahun 2004, beliau dimasukkan ke hospital setelah mendapat serangan sakit jantung.Pada tahun 2007, beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana keletihan.
Beliau sendiri mengakui bahawa kesihatannya semakin terganggu sejak akhir-akhir ini. Namun itu semua tidak menghalangnya untuk terus berbakti kepada masyarakat.
Saya akui pada zahirnya, tubuh saya ada mengalami masalah berkaitan jantung tetapi pemikiran saya masih tajam untuk berfikir dan membuat penilaian atau keputusan.



Tok Selehong




 









Tokoh guru pondok yang paling terkemuka di Jajahan Tumpat selepas zaman Haji Abdul Malek Sungai Pinang. Seangkatan dengan Tok Kenali, Tok Padang Jelapang, Tok Bachok, Tok Seridik dan Tok Kemuning.
Nama sebenarnya ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Osman. Kadang-kadang dipanggil juga dengan nama Haji Abdul Rahman Syair atau Tok Syair kerana kepandaiannya mengarang syair.
Seorang daripada guru awalnya tentulah Haji Abdul Malek Sungai Pinang yang berdekatan dengan kampungnya. Kamudian menyambung belajar di pondok Cha-ok, Petani berguru dengan Tok Cha-ok @ Haji Abdullah bin Mohd Akib. Akhir sekali pergi mendalami pengajian di kota Makkah - berguru dengan Pak Chik Wan Daud Patani, Tuan Mukhtar Bogor, Tok Shafie Kedah dan ramai lagi.
Selepas 18 tahun bermukim di tanah suci Makkah, pulang ke tanah air (1921) lalu mengasas pusat pengajian pondok sendiri di pinggir sungai Selehong. Di pondok inilah beliau mengajar dan mengembangkan pondoknya yang sangat dikenali ramai pada zaman itu. Bidang ilmu yang sangat ditumpukannya ialah ihsannuddin atau tasawuf dengan Syarh Hikam Ibn Ata'Allah sebagi teks utama. Tok Seleong masyhur sebagai ahli sufi yang zahid. Bagi tujuan supaya hatinya tidak tertambat kepada dunia, beliau menggali sebuah lubung khas dalam kawasan tanah perkuburan Islam berhampiran pondok Selehong yang dijadikan semacam kamar khusus tempat belau beribadat dan bersuluk.
Hobi tok guru yang pandai bersilat ini pun agak aneh. Beliau bukan sahaja sering keluar memukat ikan dan berburu rusa, malahan meminati haiwan yang cantik-cantik seperti kuda, biri-biri jantan, ayan jantan laklung persis orang pelihara ayam serama zaman kini. Bapa mertua kepada Tuan-tuan Guru Haji Ahmad Batu Tiga Repek dan Haji Awang. Beliau kembali ke rahmatullah pada jam 8.30 malam Khamis 18 Zulkaedah 1353 bersamaan 20 Favruaru 1935 dan dikebumikan di Kubur Selehong, Tumpat. Kegiatan dakwah Islamiahnya diteruskan oleh murid-muridnya hingga kehari ini.
Antara yang mashur termasuklah Pak Cu Che Abbas Kelong, Haji Yaakub Kelong, Haji Pak Man Berangan, Haji Che Mamat Kok Keli, Haji Awang Lambor, Haji Yaakub Wakaf Bharu, Haji Abdul Rahman Dalam Pator, Haji Abdul Rahman Tendong, Haji Abdul Rahman Pohon Tanjong, Hj. Abdullah Tal Tujoh, Hj Che Mat Padang Upeh, Hj. Abdul Aziz Kg. Tujoh, Hj. Mat Bola Geting, Hj. Saleh Pedada Bunohan, Pak Su Wil Kg. Dangar, Hj. Abdul Kadir Gaal, Yb Hj. Muhammad Batu Hitam dan Hj. Wan Abdul Latif Jerteh (Terengganu).
- Ismail Che Daud 




 Ustaz Azhar Idrus

 
Inilah sedikit sebanyak latar belakang atau biodata Ustaz Azhar Idrus

Nama Penuh: Ustaz Azhar Idrus
Tarikh Lahir: 12 Februari 1964
Umur: 48 Tahun
Asal: Kuala Terengganu, Terengganu.
Kerjaya: Pendakwah & Penceramah Bebas
Latar Belakang Pendidikan:
  • Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
  • Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
  • Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
  • Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
  • Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
  • Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
  • Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
Hobi: Fotografi
Isteri: Rogayah Binti Sulung (42), Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (26)
Anak: Nur Madihah Asyiqin (20), Nur Farhah (19), Mohd Faqihuddin (18), Mohd Zuhaili (16), Ikhwan Najmi (14), Khairul Mukmin (7), Rasydan (6).






Ustaz Don (Don Daniyal Don Biyajid) 

 
 Biodata Ustaz Don

Nama: Don Daniyal Don Biyajid

Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir












Group member

Lim Suo Teck
Hong Puan Yee
Syazwan
Zulhelmi
Qayyim

✿--WELCOME--✿


✿ ---TIME--- ✿